5 Tips Menulis di Internet
Dah makin ramai orang berminat untuk menulis blog dan
menghasilkan artikel di internet. Ini terbukti dengan wujudnya
banyak blog yang ditulis oleh orang Malaysia mengenai pelbagai
topik.
Penulisan di internet (sama ada artikel, blog atau e-book)
mempunyai beberapa perbezaan dengan penulisan buku. Jadi jangan
menulis seolah-olah anda mengarang buku. Nanti jadi buku teks
pulak. hehe
Di sini ada 5 tips yang penting untuk anda menulis di
internet bagi memudahkan pelawat membaca penulisan anda.
- Letakkan tajuk yang memikat hati pembaca. Tajuk dengan
nombor contohnya “5 tips menulis di internet” atau “10
teknik hebat melariskan jualan anda” merupakan sesuatu yang
disukai kerana pembaca tahu yang dia akan mendapat sekian
banyak tips.
- Gunakan ‘bullet’ dan ‘numbering’ untuk isi penting. Ada
sesetengah orang tak ada masa nak baca artikel yang panjang
terutamanya di internet sebab ada banyak lagi blog lain dia
nak baca
- Banyakkan ‘white space’ atau ruangan antara tulisan.
Hadkan perenggan anda kepada 2-4 baris sahaja. Ada
sesetengah penulis menulis tanpa perenggan! Kesian pembaca
tak boleh nak ‘break’
- Pastikan artikel anda ringkas dan ’straight to the
point’. Artikel yang panjang berjela agak kurang digemari.
Kalau terlalu panjang, cuba pecahkan kepada beberapa
artikel pendek.
- Penulisan anda perlulah sebaik-baiknya memberi manfaat
kepada pembaca kerana setiap pelawat yang datang inginkan
sesuatu daripada anda. Sama ada nak hilangkan bosan, nak
dapatkan tips, nak dapatkan idea, nak dapatkan barang
percuma dsb.
Di atas cuma beberapa tips untuk anda tetapi terdapat banyak
lagi tips lain yang anda boleh cari di internet. Selamat
menulis. Kejayaan di internet ialah melalui penulisan. Tulis
tulis dan terus menulis. Eh.. tulis ke taip?
|