Perniagaan.Net
Sumber rujukan pendapatan dan perniagaan di internet

 

Apa yang anda jual - produk atau reputasi?

Ramai pendatang baru di internet memasarkan produk dengan tiada
perancangan dan melulu.

Tahukah anda jika anda menjual sesuatu produk, terdapat berpuluh
atau beratus orang lain lagi yang menjual produk yang sama dengan
anda atau lebih teruk mereka menjual produk yang lebih baik.

Bukan mudah untuk meyakinkan pelanggan membeli produk lebih-lebih
lagi secara online. Sedangkan secara konvensional, anda akan
membeli atau mendapatkan servis seboleh-bolehnya dari orang yang
anda kenali.

Tak kira untuk mendapatkan insurans perlindungan anda, melabur
dalam unit trust, membeli barangan, anda lebih menjurus untuk
mencari seseorang yang anda kenal dan boleh percayai.

Begitu juga dengan internet. Pelanggan tidak akan senang-senang
terus membeli dari anda. Jadi apa yang harus anda lakukan? Jual
reputasi anda. Jadikan mereka percaya kepada anda dan membeli
melalui anda.

Nampak mudah bukan? Sebenarnya cara ini tidaklah mudah tetapi
berbaloi jika dilakukan. Anda membina reputasi dan kredibiliti
dalam bidang anda. Jika anda menjual produk kecantikan, anda
hendaklah menunjukkan yang anda mahir dalam bidang tersebut.

--

Bagaimana untuk melakukannya? Ada beberapa cara dan yang paling
baik ialah dengan menulis artikel atau laporan ringkas tentang
bidang yang anda mahir.

Artikel tersebut mungkin menyentuh hanya sebahagian daripada bidang
anda dan anda boleh letakkan maklumat perniagaan, produk dan diri
anda pada akhir artikel tersebut.

Contoh jika anda dalam bidang kecantikan, mungkin anda boleh
menceritakan tentang "10 tips menjaga kecantikan wajah dan
mengelakkan kulit berkedut".

Artikel ini boleh
1. dihantar kepada laman web berkaitan yang inginkan artikel
sebagai bahan rujukan pelawat
2. e-mail kepada mailing list anda
3. jadikan sebagai PDF file untuk orang ramai download dan baca
4. hantar kepada 'article directory' seperti goarticles.com,
ezinearticles.com, articlecity.com (untuk bahasa inggeris)

Ingat, semakin kerap artikel anda dibaca dan nama anda keluar di
internet, semakin yakin bakal pelanggan anda dengan reputasi anda
dan lebih mudah untuk anda menjual servis dan produk anda kepada
mereka.

UTAMA
Perniagaan Internet
Program Affiliate
Program Adsense
Pemasaran Internet
Tips-tips lain
Lain-lain sumber
Peralatan berguna
Langgan Newsletter
Site Map

TIP SEKURITI

Elakkan SPYWARE. Gunakan FIREFOX.

Aplikasi pelayar internet PERCUMA, SELAMAT dan TERBAIK.