Apa yang anda jual - produk atau reputasi?
Ramai pendatang baru di internet memasarkan produk dengan tiada perancangan dan melulu.
Tahukah anda jika anda menjual sesuatu produk, terdapat berpuluh atau beratus orang lain lagi yang menjual produk yang sama dengan anda atau lebih teruk mereka menjual produk yang lebih baik.
Bukan mudah untuk meyakinkan pelanggan membeli produk lebih-lebih lagi secara online. Sedangkan secara konvensional, anda akan membeli atau mendapatkan servis seboleh-bolehnya dari orang yang anda kenali.
Tak kira untuk mendapatkan insurans perlindungan anda, melabur dalam unit trust, membeli barangan, anda lebih menjurus untuk mencari seseorang yang anda kenal dan boleh percayai.
Begitu juga dengan internet. Pelanggan tidak akan senang-senang terus membeli dari anda. Jadi apa yang harus anda lakukan? Jual reputasi anda. Jadikan mereka percaya kepada anda dan membeli melalui anda.
Nampak mudah bukan? Sebenarnya cara ini tidaklah mudah tetapi berbaloi jika dilakukan. Anda membina reputasi dan kredibiliti dalam bidang anda. Jika anda menjual produk kecantikan, anda hendaklah menunjukkan yang anda mahir dalam bidang tersebut.
--
Bagaimana untuk melakukannya? Ada beberapa cara dan yang paling baik ialah dengan menulis artikel atau laporan ringkas tentang bidang yang anda mahir.
Artikel tersebut mungkin menyentuh hanya sebahagian daripada bidang anda dan anda boleh letakkan maklumat perniagaan, produk dan diri anda pada akhir artikel tersebut.
Contoh jika anda dalam bidang kecantikan, mungkin anda boleh menceritakan tentang "10 tips menjaga kecantikan wajah dan mengelakkan kulit berkedut".
Artikel ini boleh 1. dihantar kepada laman web berkaitan yang inginkan artikel sebagai bahan rujukan pelawat 2. e-mail kepada mailing list anda 3. jadikan sebagai PDF file untuk orang ramai download dan baca 4. hantar kepada 'article directory' seperti goarticles.com, ezinearticles.com, articlecity.com (untuk bahasa inggeris)
Ingat, semakin kerap artikel anda dibaca dan nama anda keluar di internet, semakin yakin bakal pelanggan anda dengan reputasi anda dan lebih mudah untuk anda menjual servis dan produk anda kepada mereka.
|