E-book Panduan Adsense dalam Bahasa Melayu

Saya pernah terfikir untuk mengeluarkan satu panduan tentang Adsense tetapi Sham atau dikenali sebagai Raja Adsense ni cepat betul, dia dah keluarkan e-book tentang Adsense ni.

Saya sendiri telah membeli e-book tersebut untuk tujuan rujukan dan menambah ilmu tentang Adsense. Banyak lagi tips yang saya masih belum 'master' dalam Adsense ni.

E-book ni saya kira sesuai untuk semua lapisan. Tak kira anda baru nak mula atau pun dah bermula dengan Adsense. Jika anda belum ada akaun ataupun tak tahu pun tentang Adsense, e-book ini ada memberikan pengenalan tentang program Adsense diawalnya.

Untuk yang telah mempunyai akaun dan telah memulakan program ini, anda boleh mempelajari teknik meletakkan Adsense di laman web anda. Ada pelbagai cara seperti menyelitkan Adsense dalam kandungan laman web atau meletakkan di navigasi dan sebagainya.

Teknik-teknik ini disertakan dengan 'screen shot' untuk memberi anda gambaran tentang apa yang disarankan.

Yang terpenting ialah melakukan promosi berkesan untuk mendapatkan pelawat ke laman web anda termasuk cara Tag dan Ping yang terbaru digunakan oleh pengusaha Adsense yang berjaya mendapat lebih $40,000 sebulan!

E-book ini memang berbaloi. Baca beberapa kali dan praktikkan apa yang ada dalam e-book tersebut.

Baca maklumat lanjut