Hosting dan
domain
Bila bercakap pasal website, maka akan keluarlah
perkataan-perkataan seperti hosting dan domain. Untuk yang baru
mesti akan diajukan 2 soalan berikut
- Apa itu hosting?
- Apa itu domain?
Web hosting
Ok untuk nak jawab soalan ni mula-mula kita lihat dulu apa
yang anda perlu ada. Pertamanya website yang dah disiapkan
(mungkin dibuat sendiri menggunakan perisian seperti nvu atau
anda mengupah orang untuk membuatnya)
Bila dah siap, website tersebut masih berada di PC anda dan
sesiapa yang boleh menggunakan PC anda saja yang boleh melihat
website tersebut. Adakah itu yang anda inginkan?
Sudah tentu tidak. Anda mahu orang dari seluruh dunia
melihat website anda bukan?
Di sinilah datangnya fungsi hosting. Web hosting provider
akan menyediakan 'web space' dalam server yang boleh diakses
oleh semua orang didunia ini.
Anda hanya perlu menyewa hosting space ini dengan bayaran
langganan tahunan. Ia mungkin berharga RM20 setahun atau
mungkin berharga RM1000 sebulan.
Mengikut keperluan dan budget anda.
Berikut ialah beberapa penyedia perkhidmatan web hosting
| Jomhost.com |
Bermula dengan harga RM20 setahun.
Sangat sesuai untuk yang baru bermula. |
| Internet-webhosting |
Bermula dengan harga RM80 untuk
2GB space. Syarikat ini mempunyai support yang
bagus. Anda akan mendapat reply walaupun
mempunyai masalah pada pukul 3 pagi! |
| Exabytes |
Bermula dengan harga RM150 setahun. Provider
ini merupakan antara yang teratas dalam semua
penyedia perkhidmatan web hosting di
Malaysia.

click image to enlarge
|
* Sila ke laman web penyedia web hosting di atas untuk
mengetahui nilai sekarang dan lain-lain maklumat
Domain Name
Domain name pula ialah cuma nama yang mudah diingat untuk
laman web anda. Contohnya seperti domain name laman web ini
ialah perniagaan.net. Mudah bukan untuk diingat?
Jika tidak anda perlu menghafal nombor yang panjang untuk ke
laman web ini. Contohnya seperti http://202.188.2.34/niaga.
Mana yang lebih mudah?
Domain name ialah unik. Jika ia telah dibeli oleh orang
lain, anda tidak dapat lagi membelinya. Untuk menyemak nama
domain yang anda pilih masih ada atau tidak, anda boleh
menggunakan domain name checker.
|