Kesalahan biasa dilakukan oleh pemasar
affiliate
Berapa yang anda dapat setelah anda mempromosikan program
affiliate yang anda telah daftar?
Bagi yang hampa mempromosikan program affiliate, jangan
berputus asa. Ada beberapa sebab anda tidak mendapat pendapatan
dari program affiliate. Antara sebab-sebabnya
1. Anda tidak menghantar cukup pelawat
Anda perlu menghantar sekurang-kurangnya 200 pelawat ke
laman web ‘merchant’ untuk test ‘conversion rate’. Jika dari
200 yang anda hantar, 2 yang beli maknanya conversion rate
ialah 1%.
Jadi boleh dikatakan anda perlu hantar 100 pelawat untuk
dapatkan 1 jualan. Adakah anda telah menghantar 100
pelawat?
Bagaimana untuk mendapatkan pelawat sebanyak itu? Ada
beberapa cara
a - Anda ada opt-inlist anda sendiri
b - Anda perlukan laman web yang mendapat pelawat yang ramai
setiap hari
c - Anda bayar untuk letak iklan di laman web yang ramai
pelawat
d - Anda bayar untuk iklan menggunakan Google Adwords
e - Ada banyak lagi cara.. (saya akan keluarkan e-book pasal
pemasaran nanti)
* Kira keuntungan yang anda boleh perolehi sebelum bayar untuk
iklan
2. Anda tidak konsisten
Ramai yang berhenti terlalu awal untuk promosi bila tidak
mendapat hasil. Hasil hanya akan diperolehi bagi yang konsisten
mempromosi kerana setiap kali anda menghantar pelawat ke laman
web ‘merchant’, affiliate ID anda akan ‘overwrite’ affiliate ID
bagi affiliate sebelumnya.
3. Anda tidak mempromosi pada pasaran sasaran
(target market)
Anda tidak boleh letak iklan menjual buku tentang masakan di
blog tentang haiwan peliharaan! Anda juga tidak boleh
melambakkan semua affiliate di laman web anda dengan harapan
ada orang akan klik dan membelinya. (mungkin ada la.. jugak
orang beli. hehe.. Tapi teknik ni kurang berkesan)
4. Anda menjual!
Aik? Ni pun salah ke? Rilek, tapi memang betul pun. Siapa
suka bila anda asik nak jual barang je. Cuba la kasi tips ke
recommendation ke review ke.. baru best. Lepas tu letak la
affiliate link di akhir artikel/tips/review/recommendation yang
anda karang.
Sukakah anda bila ada orang menjual kepada anda? Atau anda
lebih suka ‘kawan’ anda recommend produk kepada anda?
Itu antara sebab kenapa anda tidak dapat komisen dari
program affiliate. Jadi jangan salahkan merchant (kadang2 salah
merchant jugak, tu nanti kita akan bincang…).
Psst.. berapa yang anda dapat untuk laporan Mike Filsaime?
Jika anda tak tau tentang laporan tersebut. Anda boleh dapatkan
panduan yang saya tulis
(boleh rebrand untuk tukarkan ke affiliate ID anda secara
percuma)
Mantapkan ilmu di dada dan teruskan usaha. InsyaAllah anda
akan berjaya.
|