Membina Laman Web
Laman web bagi saya masih satu kemestian walaupun di
mana-mana anda ada mendengar tentang blog.
Membina laman web memerlukan kemahiran. Tak semua orang
boleh membina laman web dan tak semua laman web yang dibina
berjaya mencapai matlamatnya.
Ada beberapa pilihan untuk anda membina laman web.
1. Belajar membina laman web dari
'scratch'
Jika anda serius untuk menjalankan perniagaan di internet.
Anda wajib mengetahui cara membina laman web. Mungkin tidak
banyak tapi anda tetap perlu tahu.
Anda boleh mengikuti kursus membina laman web perniagaan yang
diadakan dari masa ke semasa untuk menambah kemahiran
baru.
2. Belajar menggunakan peralatan membina laman
web
Contohnya laman web ini dibina menggunakan perisian
xsitepro. Walaupun ia berharga
hampir RM1000 tetapi cuba anda fikirkan berapa anda perlu
bayar untuk mengupah profesional membina laman web anda.
Bagaimana pula jika anda ingin update dan menambah jumlah
laman web anda masa akan datang?
3. Mengupah profesional untuk membina laman web
anda.
Ini tidak digalakkan kerana jika anda serius, anda perlu
selalu mengemaskini laman web anda dari masa ke semasa. Anda
juga perlu membina beberapa lagi laman web untuk memenuhi
keperluan anda.
Walaubagaimanapun khidmat profesional diperlukan untuk
mengubah imej laman web sedia ada supaya nampak lebih menarik
dan dipercayai.
|