Mendapatkan link ke laman web anda
Untuk mendapat tempat yang tinggi di enjin carian, anda perlukan banyak laman web lain link ke laman web anda.
Untuk melakukan perkara tersebut, salah satu cara yang saya gunakan ialah dengan membuat link exchange. Teknik ini berkesan tetapi perlukan masa anda (sekali saja) untuk melakukannya.
1. Sediakan keterangan untuk laman web anda
URL laman web anda: http://lamanwebanda.com Tajuk: Tajuk laman web anda Keterangan ringkas: Keterangan ringkas tentang laman web anda URL link semula: http://lamanwebanda.com/link.htm
2. Cari laman web yang boleh anda masukkan link
Caranya mudah saja, anda perlu buat carian di enjin carian seperti Google dan taip
keyword "add link"
Jika laman web anda tentang wedding, anda taip
wedding "add link"
4. Masukkan maklumat laman web yang anda ingin bertukar link ke laman web anda terlebih dahulu.
Kebiasaannya, anda diminta untuk memasukkan terlebih dahulu link ke laman web mereka sebelum link ke laman web anda diaktifkan dalam laman web mereka.
3. Masukkan maklumat laman web anda di laman web yang menerima pertukaran link
Cuma copy dan paste maklumat yang telah anda sediakan dalam borang yang disediakan atau email kepada webmaster laman web tersebut.
Dengan cara ini anda akan mendapat banyak link dari laman web yang berkaitan link ke laman web anda. Kesannya anda akan nampak setelah beberapa minggu di mana anda akan mendapat pelawat dari laman web lain dan juga mendapat tempat yang lebih baik di enjin carian.
Selamat mencuba.
|