Mendapatkan pelawat ke laman web anda

Pelawat ke laman web merupakan satu faktor yang sangat penting. Anda memerlukan ramai pelawat untuk membuat jualan yang banyak. Dapatkan pelawat dari kumpulan sasaran. Ia lebih baik dari pelawat yang ramai tetapi bukanlah kumpulan sasaran untuk perniagaan anda.

Bagaimana untuk mendapat pelawat dari kumpulan sasaran?

Yang paling mudah ialah dari enjin carian. Jika anda menjual buku teks, pelawat anda pula mencari 'buku teks sekolah' di enjin carian dan sampai ke laman web anda. Itulah yang dinamakan dengan pelawat dari kumpulan sasaran. Mereka mencari apa yang anda tawarkan.

Satu lagi cara mudah tetapi perlukan sedikit kos ialah meletakkan iklan dimana pelawat dari kumpulan sasaran anda sering berkunjung. Contohnya jika anda menjual kad prepaid, mungkin anda boleh meletakkan iklan di portal remaja yang popular dengan sedikit bayaran.

Satu lagi cara ialah anda menulis blog dan artikel berkenaan dengan perniagaan yang anda jalankan. Ini akan membuatkan lebih ramai datang ke laman web anda hasil dari pembacaan tips berguna di blog yang anda bina. Kelebihan menulis blog ialah ia lebih mudah untuk dikemaskini tidak seperti laman web.

Ada juga yang gemar menulis artikel untuk dihantar ke direktori artikel. Anda boleh menulis artikel dan kebiasaannya anda dibenarkan untuk meletak 'resource box' di akhir artikel menerangkan siapa anda dan laman web anda.

Menghantar laman web anda ke direktori web juga adalah pilihan yang bagus dengan kos yang rendah. Anda boleh memasukkan laman web anda di kategori yang berkenaan. Direktori web digemari enjin carian kerana ia biasanya setiap laman web yang dimasukkan disahkan sendiri oleh 'manusia' secara manual.

Lain-lain cara ialah dengan menyertai forum yang berkenaan, memberi komen di blog yang berkenaan dan sebagainya.

Di atas adalah beberapa cara untuk anda mendapatkan trafik ke laman web anda. Terdapat banyak lagi cara lain tetapi yang paling penting ialah mendapatkan pelawat dari kumpulan sasaran.