Sumber rujukan untuk affiliate

Sebagai seorang affiliate marketer, anda memerlukan seseorang atau kumpulan affiliate yang saling menyokong antara satu sama lain. Ia sangat berguna supaya anda melakukan pemasaran dengan betul dan berkesan.

Salah satu sumber yang paling saya minati ialah AssociatePrograms yang dikendalikan oleh Allan Gardyne dari Australia. Di sana anda boleh mendapat artikel berguna dan sering dikemaskini tak kira sama ada anda masih baru atau seorang affiliate marketer yang berpengalaman.

Satu lagi rujukan untuk affiliate marketer ialah laman web Rosalind Gardner iaitu NetProfitToday. Beliau merupakan seorang super affiliate yang terkenal.

Ada lagi beberapa sumber lain yang anda boleh rujuk. Saya akan menambah lagi sumber-sumber rujukan lain di sini.