Tips memilih program affiliate

Program affiliate yang macam mana yang perlu anda sertai dan yang mana anda tak perlu sertai dan kenapa. Berikut ialah antara tips untuk memilih program affiliate yang bagus

  1. Menawarkan produk/servis yang berkualiti dan unik.
     
    Jangan mendaftar dengan program yang anda sendiri ragu-ragu dan yang lebih buruk anda tahu bahawa produk itu tidak bagus tetapi tetap mempromosikannya.
     
  2. Mempunyai khidmat pelanggan dan layanan affiliate yang baik.
     
    Soalan yang anda ajukan hendaklah dijawab. Jika tidak, ia menunjukkan sikap affiliate manager tersebut. Jika layanan kepada affiliate tidak baik, kemungkinan besar layanan kepada pembeli mereka juga sama.
     
  3. Menawarkan ganjaran yang setimpal.
     
    Jangan bazirkan masa anda mempromosikan produk dengan pulangan kecil. Bukannya mudah untuk anda mendapatkan traffic dan menjalankan aktiviti promosi. Pastikan ia setimpal dengan kos pengiklanan anda, kepakaran dan masa yang anda luangkan.
     
  4. Terbukti mempunyai "conversion rate" yang tinggi.
     
    Daripada jumlah referral yang dilakukan, berapakah jualan dapat dibuat. Berhenti promosi jika "conversion rate" kurang daripada 1% (bergantung juga kepada nisbah keuntungan yang anda perolehi). Anda boleh membuat anggaran setelah anda menghantar lebih dari 200 orang ke laman web 'merchant'. Jika kurang dari 2 orang membeli, anda boleh pertimbangkan untuk menghentikan promosi.