Perniagaan.Net
Sumber rujukan pendapatan dan perniagaan di internet

 

Ulasan buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar

Pada sekitar tahun awal 2000, saya mula meminati konsep menjana pendapatan melalui internet. Banyak artikel dibaca dan produk yang dibeli untuk mendapatkan ilmu tentang subjek ni. Sehingga setiap malam saya tidur pukul 3 pagi menelaah tentang pendapatan di internet.

Masih ingat ketika itu program yang popular seperti SMSBiz, Surfbar dan juga chain letter masukkan duit ke akaun 1 lepas tu bla bla. Belum ada lagi satu perniagaan internet yang solid dari Malaysia kecuali jobstreet yang cukup popular. AirAsia belum ada lagi.

Pada ketika itu juga tidak banyak rujukan yang diterbitkan oleh orang kita dalam Bahasa Melayu. Semuanya terpaksa dibeli dan didapati dari internet yang ditulis oleh pakar dari luar negara. Saya masih ingat waktu itu Azizi Ali meningkat naik dengan buku "Millionaires from different planet".

Pada tahun 2005, perniagaan internet mula menjadi bualan dengan terbitnya buku "Rahsia jutawan internet terbongkar" oleh Dr. Irfan Khairi, satu nama yang kini begitu sinonim dengan perniagaan internet.

Buku ini secara keseluruhannya memang lengkap dan sesuai untuk pembacaan orang yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan di internet.

Buku ini disusun dengan baik dan boleh dibahagikan kepada 3 iaitu

1. Pengenalan kepada perniagaan internet

Diterangkan bermula dengan konsep dan kelebihan perniagaan internet. Di sini penerangan tertumpu kepada asas perniagaan internet. Apa yang betul dan apa yang selalu disalah anggap.

2. Langkah memulakan perniagaan internet

Untuk memulakan perniagaan internet adalah mudah. Cuma lakukan apa yang digariskan langkah demi langkah dan anda sudah mempunyai perniagaan di internet. Bagaimana untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan?

3 "Rahsia" menjayakan perniagaan internet

Disinilah rahsianya. Terdapat 36 "rahsia" yang dibongkar oleh beliau untuk betul-betul menjayakan dan mendapat pulangan yang lumayan melalui perniagaan internet. Tips ringkas yang diberi banyak membantu untuk anda mengelak dari melakukan kesilapan yang kadang-kadang boleh terlepas pandang.

Kandungannya ringkas dan mudah difahami. Sesuai dibaca oleh orang baru yang tidak mempunyai asas perniagaan internet.

Tetapi ia kurang sesuai untuk orang yang dah berpengalaman kerana buku ini lebih menerangkan tentang apa yang perlu dilakukan dan bukan bagaimana untuk melakukannya secara terperinci. Maklumlah bukan mudah untuk memuatkan segalanya dalam satu buku.

Ada juga perkara yang ada dalam buku ini yang tak perlu anda tahu sebagai seorang yang baru bermula. Ia membuatkan keadaan menjadi seolah-olah semakin susah.

Itulah ulasan seadilnya yang saya boleh berikan. Apa-apa pun saya memang sangat syorkan buku "Rahsia jutawan internet terbongkar" ini. Anda pasti akan mendapat ilmu yang anda belum tahu. Nak bintang? Saya beri 7 daripada 10 bintang. Wah banyaknya ada 10 bintang :) Selamat membaca.

UTAMA
Perniagaan Internet
Program Affiliate
Program Adsense
Pemasaran Internet
Tips-tips lain
Lain-lain sumber
Peralatan berguna
Langgan Newsletter
Site Map

TIP SEKURITI

Elakkan SPYWARE. Gunakan FIREFOX.

Aplikasi pelayar internet PERCUMA, SELAMAT dan TERBAIK.