Ulasan buku Rahsia Jutawan Internet
Terbongkar
Pada sekitar tahun awal 2000, saya mula meminati konsep
menjana pendapatan melalui internet. Banyak artikel dibaca dan
produk yang dibeli untuk mendapatkan ilmu tentang subjek ni.
Sehingga setiap malam saya tidur pukul 3 pagi menelaah tentang
pendapatan di internet.
Masih ingat ketika itu program yang popular
seperti SMSBiz, Surfbar dan juga chain letter masukkan
duit ke akaun 1 lepas tu bla bla. Belum ada lagi satu
perniagaan internet yang solid dari Malaysia kecuali jobstreet
yang cukup popular. AirAsia belum ada lagi.
Pada ketika itu juga tidak banyak rujukan yang
diterbitkan oleh orang kita dalam Bahasa Melayu. Semuanya
terpaksa dibeli dan didapati dari internet yang ditulis oleh
pakar dari luar negara. Saya masih ingat waktu itu Azizi Ali
meningkat naik dengan buku "Millionaires from different
planet".
Pada tahun 2005, perniagaan internet mula menjadi bualan
dengan terbitnya buku "Rahsia jutawan
internet terbongkar" oleh Dr. Irfan Khairi, satu nama yang
kini begitu sinonim dengan perniagaan internet.
Buku ini secara keseluruhannya memang lengkap dan sesuai
untuk pembacaan orang yang baru ingin berjinak-jinak dengan
dunia perniagaan di internet.
Buku ini disusun dengan baik dan boleh dibahagikan kepada 3
iaitu
1. Pengenalan kepada perniagaan
internet
Diterangkan bermula dengan konsep dan kelebihan perniagaan
internet. Di sini penerangan tertumpu kepada asas perniagaan
internet. Apa yang betul dan apa yang selalu disalah
anggap.
2. Langkah memulakan perniagaan
internet
Untuk memulakan perniagaan internet adalah mudah. Cuma
lakukan apa yang digariskan langkah demi langkah dan anda sudah
mempunyai perniagaan di internet. Bagaimana untuk mendapatkan
pendapatan yang lumayan?
3 "Rahsia" menjayakan perniagaan
internet
Disinilah rahsianya. Terdapat 36 "rahsia" yang dibongkar
oleh beliau untuk betul-betul menjayakan dan mendapat pulangan
yang lumayan melalui perniagaan internet. Tips ringkas
yang diberi banyak membantu untuk anda mengelak dari melakukan
kesilapan yang kadang-kadang boleh terlepas pandang.
Kandungannya ringkas dan mudah difahami. Sesuai dibaca oleh
orang baru yang tidak mempunyai asas perniagaan internet.
Tetapi ia kurang sesuai untuk orang yang dah berpengalaman
kerana buku ini lebih menerangkan tentang apa yang perlu
dilakukan dan bukan bagaimana untuk melakukannya secara
terperinci. Maklumlah bukan mudah untuk memuatkan segalanya
dalam satu buku.
Ada juga perkara yang ada dalam buku ini yang tak perlu anda
tahu sebagai seorang yang baru bermula. Ia membuatkan keadaan
menjadi seolah-olah semakin susah.
Itulah ulasan seadilnya yang saya boleh berikan.
Apa-apa pun saya memang sangat syorkan buku "Rahsia jutawan internet
terbongkar" ini. Anda pasti akan mendapat ilmu yang
anda belum tahu. Nak bintang? Saya beri 7 daripada 10
bintang. Wah banyaknya ada 10 bintang :) Selamat membaca.
|